Wednesday, May 19, 2010

Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini

dan

ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan

semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau

jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa

halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau

akan

rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang

kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh

dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan

pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang

tenang

dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

sumber:[http://www.fuadlatip.com]

Saturday, May 1, 2010

JIKA ENGKAU CINTA...

Katakanlah (Muhammad):

Inilah jalanku,

aku mengajak kalian kepada Allah dengan basyiroh,

aku dan pengikut-pengikutku,

Maha Suci Allah!

dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik."

(Surah Yusuf:108)


Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan,

Hujungnya bukan di usia,

Bukan pula di dunia,

Tetapi Cahaya Maha Cahaya,

Syurga dan redha Allah, cinta adalah sumbernya,

Hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia,

ajaklah ke jalan Rabbmu,

Nikmati perjalanannya,

Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana,

Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu,

Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,

Mengerti tentang Islam,

Risalah anbiya dan warisan ulama,

Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,

Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ikhlas menghiasi hati,

Memotivasi jiwa untuk berkarya seperti kata Abul Anbiya,

Sesungguhnya solatku,

Ibadahku,

Hidupku,

Dan matiku semata bagi Rabb semesta

Berikan hatimu untuk Dia,

Katakan "Allah Ghayatuna"

Jika engkau cinta maka dakwah ialah amal,

Membangun kejayaan ummat bila saja di mana saja

kamu berada,

Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan,

Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,

Al ishlah wa taghyir,

Dari diri peribadi,

Keluarga, masyarakat hingga negara,

Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,

Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,

Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana,

Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,

Tinggalkan kemalasan dan berpangku tangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat,

Kepada Allah dan Rasul, Al-Quran dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa,

Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,

Kerana nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,

Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,

Buah dari sabar meniti jalan,

Teguh dalam barisan,

Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,

Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tajarrud,

Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,

Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,

Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau,

Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tsiqoh,

Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan,

Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya,

Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya,

Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ukhwah,

Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,

Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,

Utamanya mukmin mujahidin,

Lapang dada merupakan syarat terendahnya,

Itsar bentuk tertingginya,

Dan Allah yang mengetahui menghimpunkan hati-hati para da’i dalam cintaNya,

Berjumpa kerana taat kepadaNya,

Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,

Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

InsyaAllah, ALLAHUAKBAR!

Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga

Dalam usaha mencapai matlamat hidup yang hakiki & mendapat keredhaan Allah yang berpanjangan, kita tidak lari dari salah satu keperluan fitrah insan iaitu perkahwinan. Selain daripada menepis gangguan iblis dan syaitan, kita dapat memelihara iman di samping dapat melaksanakan ibadah dengan lebih khusyuk. Sesungguhnya hati manusia mudah goyah lantaran pelbagai cabaran sama ada dari segi mental, fizikal atau spiritual. Tidak perlu kita membicarakan soal rupa paras yang cantik kerana ia hanya nikmat sementara yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Yang penting perlu betulkan niat dan laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin.


Untuk menolong kita di dalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:


SATU: Pernikahan kita haruslah kerana Allah.

Iaitu bertujuan utk:
  • membina sebuah rumah tangga yg Islami
  • melahirkan keturunan yangg soleh
  • membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.

DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk memelihara kehormatan dirinya."
(HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:

"Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi." (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh.

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis." (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)

EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik."
(HR Ibnu Majah)


LIMA:

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)


al-faqir kame al-gajusi, 1Mei2010, 20:12pm.